Program IQRA PR1MA adalah sebuah program pendidikan hasil kerjasama pihak Akademi Al-Quran Antarabangsa (IQRA) bersama dengan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Tercetusnya idea untuk mewujudkan program ini adalah selari dengan matlamat IQRA itu sendiri sebagai sebuah pertubuhan yang memacu ummah untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup seterusnya melahirkan generasi yang Rabbani dan tunduk kepada Allah s.w.t dengan penuh ketaqwaan.
Melalui Program IQRA PR1MA ini, sebanyak 12 residensi PR1MA termasuk ibu Pejabat telah dipilih sebagai perintis bagi melahirkan suasana kualiti kehidupan yang holistik di Residensi PR1MA itu sendiri dan residensi yang terpilih adalah seperti berikut:
- Ibu Pejabat.
- Residensi Padang Siding, Perlis.
- Residensi Sungai Petani, Kedah.
- Residensi Pauh Permai, Pulau Pinang.
- Residensi Tapah, Perak.
- Residensi Alam Damai, Kuala Lumpur.
- Residensi Kajang Utama, Selangor.
- Residensi Rumpun Bahagia, Melaka.
- Residensi Lubok Jong, Kelantan.
- Residensi Gambang, Pahang.
- Residensi Kota Marudu, Sabah.
- Residensi Bintawa Riverfront, Sarawak.
Program IQRA PR1MA ini menyediakan 3 kelas pembelajaran iaitu:
- Celik Quran;
- HaFa (Hafal & Faham);
- Tahsin & Tadabbur;
Yang memfokuskan kepada pengenalan huruf bagi mereka yang belum tahu membaca, hafalan yang tertumpu kepada juzuk 30 serta tadabbur bagi memahami isi kandungan kitab suci al-Quran. Program ini melibatkan seramai 30 orang guru dan 438 orang peserta dengan menyentuh semua lapisan masyarakat bermula daripada golongan kanak-kanak, remaja sehingga ke golongan dewasa. Kesemua kelas dan modul adalah sesuai untuk semua lapisan umur masyarakat.
Diharapkan agar program ini dapat memberi sejuta manfaat kepada ummah dan semoga ia dapat disebarluas kepada semua ummah di Malaysia ini.