Kata-kata Pengerusi

  • iQRA
  • /
  • Kata-kata Pengerusi
Ustaz Mohamad Anas bin Mohamad Naem
salam

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan pemelihara sekalian alam.

Keyakinan yang tidak dapat disangkal bahawa hanya dengan kembali kepada ilmu Al-Quran serta segala asas-asasnya yang Maha Tinggi mampu membawa dan menyelamatkan umat ini dari kesan era globalisasi masa kini. Oleh yang demikian, dengan rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan, kami menyahut cabaran era baru ini untuk memberi tenaga mendidik dalam membimbing kaedah membaca dan menghafal Al-Quran yang berkesan kepada masyarakat hari ini.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada IQRA dalam merealisasikan program ini dengan sempurna dan demi ummah untuk ummah hendaknya, insya-Allah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ustaz Mohamad Anas bin Mohamad Naem

Pengetua, Akademi Al-Quran Antarabangsa (iQRA)