Pertubuhan Akademi Al Quran Antarabangsa
“Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah Taala di antara kamu semua ialah orang yang belajar al-Qur’an kemudian dia mengajarkan kepada orang lain”.
Hadith Riwayat al-Bukhari
AKADEMI AL-QURAN ANTARABANGSA atau INTERNATIONAL QURANIC ACADEMY (IQRA) telah diperbadankan untuk menjadi sebagai pusat atau institusi sumber ilmu dan pembelajaran Al-Quran atau menjadi One Stop Centre untuk menjalankan aktiviti yang berasaskan Al-Quran yakni meliputi kerja-kerja pendidikan, kebajikan, ekonomi dan riadah dalam usaha untuk menarik minat serta disesuaikan dengan geografi kehidupan masyarakat setempat.
Dalam mendepani cabaran masakini yang seolah-olah bergelut dengan berbagai krisis sosial, adalah wajar bagi semua pihak memastikan generasi hari ini diberikan pendedahan untuk mendekati ilmu yang sewajarnya. Antara usaha yang perlu dilaksanakan ialah mendekatkan generasi muda dan golongan dewasa dengan keindahan ilmu Al-Quran secara holistik dan juga menjadikan Kalam Allah sebagai rujukan utama bagi panduan hidup seorang Muslim.
اِنَّ هٰذَا الْقُرْاٰنَ يَهْدِيْ لِلَّتِيْ هِيَ اَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا كَبِيْرًاۙ
“Sesungguhnya Al Qur’an ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.” (Al Isra’ : 9)
Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Akademi Al Quran Antarabangsa – International Quranic Academy Organization @ (iQRA) telah mengasaskan Program IQRA iaitu sebuah program hafalan Al-Quran dengan menggunapakai teknik “HA-FA : HAFAL dan FAHAM” dimana teknik ini akan membolehkan seseorang itu dapat memahami apa yang dihafalnya dan seterusnya Al-Quran dapat diaplikasikan dalam rutin kehidupan harian. Selain itu juga iQRA turut membangunkan modul Q20 iaitu teknik pintar belajar yang membantu mereka yang masih belum berupaya membaca atau masih tiada asas untuk dididik dari zero @ tidak mengenal huruf sehingga boleh mengaji Al-Quran dengan kaedah yang betul dalam tempoh yang singkat. Sehingga hari ini, terdapat dua buah pusat pengajian sedang diurus selia oleh iQRA dengan mengguna pakai kedua-dua modul tersebut iaitu di Jalan Sekolah Derma, Pusat Bandar Kangar, Perlis dan di Taman Halimathon, W.Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan adanya kedua-dua buah pusat pendidikan ini, ianya akan membantu menyemai nilai, ilmu dan penghayatan ilmu Al-Quran dengan lebih berkesan kepada masyarakat hari ini